Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang
diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk
yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari
keridhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Di antara
kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui
beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.
1. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sebaik-baik kamu ialah
orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun 'alaihi
2. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sesiapa yang membaca satu
huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala
digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu
huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih
3.Sabda nabi s.a.w yang artinya : Orang yang membaca
al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang
taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan
dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala
kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim
4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar
sabda nabi s.a.w yang artinya : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka
sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim
5. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sesungguhnya sesiapa yang
tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka
ia seperti rumah yang usang
- Riwayat Tarmizi
6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang
bermaksud : Allah telah berfirman yang artinya : Sesiapa yang sentiasa sibuk
dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku
akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka
yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala
kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih
7. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Tiada suatu kaum yang
berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab
Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan
ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh
para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim
8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah
keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di
kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah)
di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa
berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab :
Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah
seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat
daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang
gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan
daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim
No comments:
Post a Comment